| Adakah ini akan berlaku kepada saudara pula? |
Sebagai Perancang Harta Islam dari syarikat as-Salihin Trustee Bhd, saya kerap menerima pertanyaan cara membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd. Berikut ialah ringkasannya:
Pertama: Pelanggan akan hubungi saya, Abd Rahaman Rasid (email: abdrahaman@gmail.com) atau Fecebook (https://www.facebook.com/suratwasiat) akan minat untuk membuat wasiat.
Ke-2: Saya akan membuat temujanji dengan Pelanggan sekiranya berada di Lembah Kelang samada di rumah Pelanggan, pejabat atau kedai mamak.
Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email atau Facebook sahaja.
Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email atau Facebook sahaja.
Ke-3: Semasa bertemu dengan Pelanggan, saya memerlukan maklumat berikut:
Senarai lengkap harta. Ini termasuk alamat harta dan nombor akaun bank, Tabung Haji, KWSP, ASB dan sebagainya.
Ke-4: Senarai nama waris dan bukan waris yang akan menerima harta yang diwasiatkan.
Ke-5: Peratus pembahagian harta kepada setiap waris/bukan waris. Contohnya:
(i) KWSP: Isteri: 50%, Anak Pertama: 25% dan Anak Kedua: 25%
(ii) Rumah Teres: Lot 101, Jalan Pinang, Kampung Pinangg, Pulau Pinang: Isteri 100%
(iii) Saham ASB: Bahagikan samarata kepada semua anak-anak
(iv) Kondo di No. 33, Jalan Ali, Johor Bahru: Diwakafkan kepada Jabatan Ugama Islam Johor. Hasil sewa bulanan dibahagikan 50% kepada rumah anak yatim dan 50% kepada fakir miskin
Ke-6: Semua maklumat di atas akan saya serahkan kepada pejabat as-Salihin Trustee Bhd di mana peguam mereka akan membuat deraf wasiat.
Ke-7: Dalam masa tiga hari, as-Salihin akan emailkan kepada saya deraf wasiat. Saya akan menyemak kesahihan fakta. Jika OK, saya akan forwardkan deraf wasiat itu kepada Pelanggan.
Ke-8: Jika Pelanggan setuju dengan deraf wasiat, maka hardcopy wasiat akan dicetak. Saya akan membawa dokumen wasiat itu kepada Pelanggan untuk ditandatangani dengan dua saksi.
Ke-9: Saya akan membawa balik dokumen asal wasiat ke Pejabat as-Salihin di Kelana Jaya untuk didaftarkan dan disimpan. Kemudian, salinan wasiat akan diserahkan kepada Pelanggan untuk disimpan. Maka tamatlah prosesnya.
Ke-10: Keterangan lanjut mengenai proses penyediaan wasiat boleh hubungi saya secara email, Facebook https://www.facebook.com/suratwasiat atau telefon 013 366 1242
Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd