as-Salihin menyediakan khidmat permohonan harta pusaka bagi si-mati yang tidak membuat wasiat
as-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), sebuah syarikat amanah ada menyediakan kemudahan bantuan permohonan pentadbiran harta pusaka kecil bagi mereka yang mempunyai wasiat dan tidak mempunyai wasiat. Bagi mereka yang menulis wasiat dengan as-Salihin dan melantik as-Salihin sebagai wasi atau pentadbir harta, maka ia tidak ada isu. Ini kerana pewasiat biasanya telah menyebut dalam wasiatnya yang melantik as-Salihin akan menjadi pentadbir harta (wasi). Jadi urusan pengagihan harta kepada orang yang diwasiatkan berjalan lancar.
Bagi mereka yang tidak menulis wasiat, waris-waris kena berurusan terus dengan Unit Pusaka Kecil di Pejabat Tanah atau Amanah Raya. Biasanya waris-waris akan berkumpul dan bersetuju melantik pentadbir di kalangan mereka atau siapa yang mereka percaya.
Sungguhpun begitu, bagi si-mati yang tidak membuat wasiat, as-Salihin ada menyediakan kemudahan nasehat dan bantuan permohonan pentadbiran harta pusaka kecil yang jumlah harta benilai tidak lebih RM2 juta. Dalam proses ini as-Salihin tidak boleh dilantik sebagai Pentadbir tetapi membantu waris-waris sahaja dalam urusan fail ke Pejabat Tanah. Oleh itu waris-waris hendaklah berbincang sesama mereka bagi melantik seorang atau dua Pentadbir harta.
Tugas-tugas as-Salihin bagi permohonan harta pusaka kecil adalah seperti berikut:
- Mengumpul dokumen daripada waris si-mati untuk difailkan ke Pejabat Tanah;
- Menyerah dokumen kepada Pejabat Tanah bagi pihak waris;
- Menyediakan perjanjian pengagihan harta mengikut apa yang telah diputuskan oleh waris si-mati; dan
- Membantu waris untuk mendapatkan harta pusaka dengan menulis surat ke institusi atau badan/jabatan yang berkaitan.
Salinan-salinan dokumen yang perlu dikemukakan kepada as-Salihin bagi melaksanakan tugas di atas adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan kad pengenalan pemohon (waris atau bukan waris yang telah dilantik sebagai Pentadbir oleh waris-waris)
- Salinan kad pengenalan (depan-belakang) semua waris
- Salinan dokumen harta (contoh: buku simpanan, penyata akaun, sijil saham, salinan geran atau hak milik hartanah dan kad pendaftaran kenderaan)
- Dua salinan Perjanjian Jual-Beli bagi harta tak alih yang masih belum mempunyai hak milijk;
- Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu yang terkini;
- Salinan dokumen hutang si-mati (sekiranya si-mati mempunyai hutang)
Dalam melaksanakan tugas di atas, as-Salihin akan mengenakan fi profesional dan ia tidak termasuk bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan seperti duti stem dan sebagainya.
Sekiranya tuan memerlukan khidmat nasehat sila hubungi saya:
Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/abdrahamanrasid
1 comments:
mcm mana kalau saya tak tinggal dgn bapa saya dari kecil tapi saya tahu dia dah meninggal dunia.. mcm mana saya nak tahu ada harta pusaka ke tak... tolong saya... kalau boleh email kat saya:badutsarkis2000@gmail.com
nama saya zainal aziz bin ismail.. dan saya pun tak tahu dia ada berapa orang anak...
Post a Comment