1. Siapa Yang Akan Menyelesaikan Hutang Dunia dan Akhirat?
Sekiranya anda tahu bila anda akan meninggal, anda tidak memerlukan wasiat.
Jika tidak tahu, wasiat diperlukan oleh waris-waris bagi menyelesaikan hutang-hutang anda. Adalah tidak logik waris-waris anda menerima harta-harta anda, sedangkan anda masih berhutang. Berikut ialah antara jenis-jenis hutang:
>> Hutang-piutang anda dengan saudara-mara, kawan dan bank-bank
>> Hutang-hutang akhirat iaitu puasa, haji, zakat dan nazar yang belum ditunaikan.
2. Anda Mahu Membahagikan Harta Kepada Anak Angkat
Sekiranya anda ada memelihara anak angkat, dan anda bercadang memberikan harta kepada anak angkat, maka segerakan pemberian sebelum anda meninggal.
Jika tidak mengetahui bila anda akan meninggal, maka anda perlu menulis wasiat. Ini kerana mengikut hukum Islam, anak angkat bukanlah darah daging anda, jadi anak angkat tidak berhak menerima harta pusaka. Dengan wasiat, anak angkat berpeluang memperolehi harta anda selepas anda meninggal.
3. Isteri Anda Berhak Mendapat Bahagian Yang Wajar Apabila Suami Meninggal
Isteri telah hidup bersama dengan anda sepanjang hayat dan telah membangunkan keluarga sehingga berjaya di dunia dan di akhirat.
Tetapi apabila suami meninggal, dan mengikut faraid, isteri anda hanya berhak mendapat satu perlapan daripada harta anda. Isteri merasakan bahawa ia patut mendapat sekurang-kurangnya setengah daripada harta, terutama rumah kediaman yang telah membangunkan keluarga.
Bagi si-isteri mendapat harta lebih daripada satu perlapan, wasiat perlu ditulis oleh suami. Isteri harus bijak mempengaruhi suami supaya menulis wasiat bagi menjaga kepentingan hak isteri selepas suami meninggal dunia.
4. Anak-Anak Berhak Mendapat Bahagian Yang Adil
Sebagai ibu-bapa, kita berhak memberi keadilan kepada semua anak samada ia lelaki atau perempuan. Kadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, ibu-bapa hendak membahagikan harta kepada anak-anak mengikut kehendak mereka. Ia boleh dilakukan semasa ibu-bapa masih hidup lagi.
Jika tidak dibahagikan semasa hidup, wasiat diperlukan bagi menjelaskan bahagian-bahagian harta kepada anak-anak mengikut kehendak ibu-bapa.
Sekiranya ibu-bapa menulis surat dengan baik dan secara emosi (contoh: meminta anak-anak menghormati keputusan ibu-bapa dan ini soal dunia), biasanya kandungan wasiat akan dipatuhi. Jika ada anak-anak yang menentang, maka wasiat tidak akan berkesan dan terpaksa menggunakan hukuk faraid bagi membahagikan harta.
5. Anda Hendak Membahagikan Harta Kepada Bukan Waris
Mengikut hukum Islam, hanya waris-waris sahaja yang berhak mendapat harta si-mati. Ini bermakna sekiranya anda tidak meninggalkan wasiat, waris-waris anda tidak boleh membahagikan harta kepada bukan waris dan mewakafkan harta kepada masjid dan sebagainya.
Sekiranya anda berhajat memberikan harta kepada bukan waris, memberi sedekah dan mewakafkan harta kepada masjid, maka selesaikan ia semasa anda hidup lagi. Jika tidak, wasiat diperlukan dengan menyatakan hajat pembahagian harta anda itu.
Mengikut hukum faraid, anda berhak membahagikan satu-pertiga harta kepada bukan waris termasuklah sedekah dan wakaf. Sebenarnya, anda boleh membahagi lebih daripada satu-pertiga dengan syarat ia tidak ditentang oleh waris-waris.
Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (Telefon: 013-366-1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad
Internet Wealth Report: Dapatkan sebuah sekarang

4 comments:
Assalamuailaikum,
ayah saya telah meninggal dunia dan meninggalkan hartanya kepada kami.salah satu daripadanya harta alih iaitu sebuah kereta yang masih belum langsai hutangnya dengan pihak bank.Melalui perbicaraan pembahaagian pusaka dan muafakat,kereta tersebut diserahkan kepada adik dan dia meneruskan pembayaran kereta tersebut melalui 'monthly installment'kepada bank.
soalannya.
1)Adakah hutang tersebut masih dikira sebagai hutang arwah selepas diserahkan kepada waris?
2)Jika dikira sebagai hutang arwah bolehkah kami melangsaikannya secara bayaran bulanan kepada pihak bank?
minta pendapat.terima kasih
1. Hutang arwah tetap hutang arwah. Bagaimanapun, hutang arwah telah dipersetujui untuk diselesaikan oleh adek. Jadi penyelesaian hutang arwah bergantung kepada adek saudara.
2. Sudah tentu boleh kerana anak-anak telah membantu menyesesaikan masalah bapa. Itu baguslah.
Salam,
Berkenaan dengan anak angkat, kalau ayah angkatnya menyampaikan hasratnya atau membuat janji untuk menyerahkan harta kepada anak angkatnya(ketika tengah nazak), adakah janji itu boleh diguna pakai dalam wasiat walaupun tidak ada dokumen yang sah? Terdapat dua saksi semasa perjanjian dilakukan iaitu anak-anaknya(anak kandung) dan salah seorang menidakkan janji tersebut. Adakah anak angkat masih boleh memperoleh harta tersebut.
mohon berikan pendapat
terima kasih.
Terpulang kepada waris memutuskannya.
Baik tengah nazak atau hidup sehat wasiatnya tidak boleh terpakai kerana apabila mati seseorang maka harta secara automatik menjadi hak waris-waris. Anak angkat bukan waris dan tidak mempunyai hak langsung ke atas harta. Semua bergantung kepada jasa baik waris. Oleh itu pada masa akan datang kena buat wasiat bertulis bagi pastikan anak angkat mendapat harta bapa angkatnya tidak lebih 1/3 daripada harta.
Post a Comment