Wednesday, December 30, 2009

Kisah Haji Tompel Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat

Haji Tompel Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat dan Anak Kandung

Oleh: Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Bhd

Wasiat adalah perancangan harta Islam
Wasiat Bagi Merancang Harta
Haji Tompel mempunyai 3 anak perempuan dan seorang daripadanya ialah anak angkat. 

Haji Tompel memiliki anak-anak yang sederhana sahaja pelajaran mereka. 

Anak pertama, Ana, kini seorang guru di Kuala Krai, Kelantan. 

Anak kedua, Anu, seorang kerani pentadbiran di Kem Terendak, Melaka. Anak ketiga, Ani, (anak angkat) seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Haji Tom berumur 65 tahun dan isterinya telah meninggal dunia 5 tahun lepas. Mereka tinggal dengan anak perempuan yang bongsu, Ani. Ani telah berkeluarga dan mempunyai 3 anak yang bersokolah rendah.

Haji Tompel berasal daripada keluarga miskin dan ibu-bapa mereka tidak mempunyai sebarang harta untuk diwariskan kepada beliau. Atas kesedaran ini, Haji Tompel sejak kecil telah belajar bersungguh-sungguh dan yakin dan dengan melalui pelajaran, masa depan adalah lebih cerah berbanding dengan kehidupan ibu-bapa mereka.

Dipendekkan cerita, Haji Tompel berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan menjadi jurutera. Selepas beberapa tahun menjadi jurutera, Hj Tompel menceburi bidang perniagaan iaitu sebagai pemaju perumahan.

Semasa hidup, Haji Tompel seorang bapa yang berpandangan jauh, berjaya memiliki 3 buah banglo mewah di Lembah Kelang. Semua banglo tersebut telah diberi secara tunai iaitu hasil kejayaan bisnes Hj Tompel.

Dua daripada banglo itu disewakan dan satu lagi didiami oleh Hj Tompel dengan anak ke-3, Ani.

Kini Hj Tompel telah bersara dan memperolehi sewa bulanan RM3,000 sebulan bagi setiap banglo. Dengan pendapatan RM6,000 sebulan beliau dapat menjalani kehidupan harian dengan selesa bersama keluarga anaknya.

Haji Tompel sedar beliau telah tua dan mahu tiga banglo itu dipindahkan kepada ketiga-tiga anak mereka. Sekiranya tiga banglo itu tidak dipindahkan masa hidup, perebutan harta akan berlaku di kalangan anak-anak mereka, dan ini akan membuatkan beliau hidup tidak selesa dalam kubur.

Hj Tompel telah mendengar banyak cerita daripada akhbar iaitu banyak tanah dan harta orang Melayu bernilai beratus juta ringgit terbiar dan tidak dituntut apabila pemiliknya meninggal dunia. Ini belum kira peperangan dan perbalahan keluarga merebut harta. Antara sebab berlaku fenomina tersebut ialah pemilik tidak membuat urusan pembahagian harta kepada anak-anak semasa pemilik masih hidup atau tidak membuat surat wasiat.

Bagi mengelakkan perebutan harta, Haji Tompel bersetuju memberikan banglo-banglo itu kepada setiap anak mereka itu. Bagimanapun Hj Tompel tidak bercadang memberikan semua banglo semasa beliau hidup.

Lagi pun Hj Tom pernah terbaca di akhbar ada kes, rumah yang didiami ibu-bapa telah kena lelong oleh bank akibat pinjaman tidak berbayar yang dibuat oleh anak-anak. Ini gara-gara memindahkan harta kepada anak semasa ibu-bapa masih hidup.

Pada suatu hari Hj Tompel telah diperkenalkan kepada seorang Perunding Perancangan Harta daripada syarikat As-Salihin.

As-Salihin ialah sebuah syarikat amanah yang pakar dalam bidang perancangan harta pusaka Islam di Malaysia. Tugas Perunding Harta ialah memberi cadangan-cadangan bagi membolehkan Hj Tompel membuat pilihan terbaik dalam merancang pembahagian harta.

Haji Tompel memutuskan memberikan banglo seperti berikut:


  • Banglo di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur --- mahu diserahkan kepada anak pertama, Ana;
  • Banglo di Taman Tun Dr Ismail --- mahu diberikan kepada anak ke-2, Anu;
  • Banglo di Shah Alam (tempat keluarga Hj Tompel tinggal sekarang)---mahu diserahkan kepada anak ke-3, Ani (anak angkat).

Antara cadangan Perunding itu ialah:

(1) memasukkan cadangan pemberian itu dalam surat wasiat atau

(2) memindahkan harta tersebut secara perundangan kepada anak-anak mereka apabila beliau meninggal dunia.

Hj Tompel dimaklumkan iaitu kedua-dua cadangan di atas boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, kaedah pembahagian melalui wasiat mungkin tidak dapat menunaikan hajat Hj Tompel kerana ia mungkin tidak dipersetujui oleh anak-anak perempuan kandung selaku waris kemudian hari.

Sekiranya berwasiat, anak angkat akan mendapat 1/3 daripada harta bersih, sedangkan Hj Tompel mahu memberi lebih daripada 1/3.

Dua anak kandung mereka boleh menggunakan hukum faraid bagi menghalang adik angkatnya mendapatkan banglo yang diperuntukkan kepada adik angkatnya itu. Mengikut Hukum Faraid, anak angkat memang tidak layak merawisi harta pusaka kerana bukan waris.

Hj Tompel dinasihatkan iaitu bagi mempastikan semua anak-anak mereka (terutama anak angkat) mendapatkan harta yang dicadangkan oleh Hj Tompel, maka beliau hendaklah menggunakan kaedah Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah ialah satu kaedah pemberian harta kepada semua anak-anak Hj Tompel yang hanya akan berkuatkuasa apabila Hj Tompel meninggal nanti. Urusan pemindahan harta akan diuruskan oleh syarikat As-Salihin Trustee Bhd.

Jadi kaedah pemindahan harta pusaka secara Deklarasi Hibah adalah pilihan terbaik Hj Tompel bagi mempastikan hajat Hj Tompel tercapai.

Hakcipta 2013 mansid

Mahu membuat wasiat sila hubungi:
Harta pusaka dan wasiat
Perancang Harta as-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad

Monday, December 28, 2009

Glossari Perancangan Harta Orang Islam

Perancangan harta Islam
Glossari Perancangan Harta Islam
Amanah
Perhubungan di antara dua pihak samada seseorang atau beberapa lain berdasarkan keyakinan bahawa sesuatu harta diberi hak atau dipegang oleh seseorang bagi pihak atau kepentingan pihak lain.

Asabah
Seseorang yang mendapat baki harta pusaka sekiranya ada selepas waris yang layak mendapat bahagian mereka. Sekiranya tidak ada waris, asabah mendapat semua harta.

Baitul Mal
Badan Kewangan awam Islam. Konsep Baitul Mal adalah konsep amanah. Kekayaan Baitul Mal digunakan sebagai kekayaan Allah atau kekayaan orang-orang Islam. 

Konsep ini membawa maksud harta diserah kepada Baitul Mal adalah amanah Allah dan orang Islam hanyalah sebagai pemegang amanah yang mempunyai tugas untuk menggunakan harta tersebut untuk kebajikan orang Islam dijalan yang diredhai dan orang yang memegang amanah hanya boleh mengambil apa yang telah dibenarkan.

Harta-harta akan diserahkan kepada Baitul Mal apabila tiada lagi waris yang berhak menerimannya. Lain perkataan, Baitul Mal dikira waris terakhir!

Benefisiari
Seorang yang mewarisi di dalam wasiat atau tanpa wasiat.

Estet
Semua hak atau harta milik seseorang ketika kematiannya.

Faraid
Kaedah perwarisan secara Islam, iaitu berdasarkan surah-surah dalam Al-Quran.

Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tesebut.

Harta tidak alih
Aset yang tidak boleh dialih fizikalnya. Contohnya, tanah dan bangunan.

Hibah
Pemberian ialah pemindahan hak milik harta secara percuma oleh orang yang berhak terhadap harta tanpa ada apa-apa niat untuk menerima balasan.

Iqrar
Pengakuan yang dibuat oleh seseorang, samada secara bertulis atau lisan atau gerak geri yang menyatakan bahawa dia adalah di bawah satu obligasi atau liabiliti kepada seseorang yang lain berkenaan dengan hak tertentu.

Disediakan Oleh: 
Mari membuat wasiat


Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd

Sumber:As-Salihin, Manual Perancang Harta Islam.

Monday, December 21, 2009

Kisah Filem Tiga Abdul dan Surat Wasiat

Kisah Filem Tiga Abdul dan Surat Wasiat
Oleh: Mansid
Perancang Harta Pusaka Islam


wasiat Tiga Abdul
Abdul Wahub Terselamat Kerana Wasiat
Satu daripada filem arahan P. Ramlee yang menarik ialah "Tiga Abdul". Filem Tiga Abdul mengisahkan perangai tiga orang adik-beradik selepas kematian bapa mereka yang kaya raya. Sungguhpun ia sebuah filem komidi tetapi ia sebuah filem berkualiti kerana ada unsur pengajaran mengenai pengurusan harta pusaka sebuah keluarga.

Adik-beradik tersebut bernama Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub. Abdul Wahab dan Abdul Wahid adalah abang-abang kepada Abdul Wahub (lakonan P.Ramlee). Abdul Wahab dan Abdul Wahub telah membolot semua harta kekayaan selepas bapa mereka meninggal dunia. Abdul Wahub,tidak mendapat harta pun.

Bagaimanapun, bapa mereka Sidiq Sigaraga, ada meninggalkan wasiat mengenai baki hartanya yang begitu banyak tetapi tidak diketahui oleh ketiga-tiga anak-anak mereka,Tiga Abdul. Surat Wasiat arwah bapa itu dipegang oleh seorang peguam.

Dengan adanya surat wasiat itu, harta Sidiq Sigaraga telah berjaya menaikkan taraf hidup Abdul Wahub (P.Ramlee) bahkan kedua-dua abang mereka yang telah papa setelah mengahabiskan harta bapa mereka. Ini kerana kecerdikan Abdul Wahub berjaya menguruskan harta peninggalan bapa dengan baik sekali.

Apa pengajaran filem Tiga Abdul kepada Orang Melayu?

Pertama: Kepentingan surat wasiat telah lama bertapak dalam kehidupan orang Melayu sekurang-kurangnya sejak tahun 50-an lagi. Ini kerana Filem Tiga Abdul telah dikeluarkan pada penghujung tahun 50-an.

P. Ramlee telah berjaya memfilemkan kepentingan surat wasiat dalam pengurusan harta pusaka orang Melayu apabila berlaku kematian pemilik harta. Penulisan surat wasiat pula menggunakan khidmat peguam. Sungguhpun kita hidup dalam tahun 2000-an dengan kebanyakan kita lebih educated, kesedaran konsep pengurusan harta pusaka secara berwasiat belum tertanam dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.

Kedua: Konsep Surat Wasiat dalam filem Tiga Abdul menunjukkan surat wasiat mampu memberi keadilan kepada waris-waris si-mati. Abdul Wahub (lakonan P.Ramlee) akan berada dalam kemiskinan sekiranya tidak mendapat sebahagian daripada harta pusaka bapa mereka. Dengan adanya surat wasiat, Abdul Wahub telah mendapat sebahagian harta dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup beliau bahkan abang-abangnya yang telah kena lelong.

Hakcipta 2013 Mansid

Disediakan oleh: Abd Rahaman Rasid
Kesah wasiat dalam filem Tiga Abdul
Perancang Harta Islam, as-Salihin Trustee Bhd
Untuk membuat wasiat, sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd

Hakcipta 2013 Mansid

Sunday, December 20, 2009

Kisah Keluarga Penghulu Tok Jo Merebut Harta Pusaka

Kisah Keluarga Penghulu Tok Jo Merebut Harta Pusaka

Oleh: Abd Rahaman Rasid, CFP
Perancang Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Bhd

harta pusaka
Berebut Harta Pusaka
Pernahkah saudara mendengar ada ahli keluarga dan saudara mara yang tidak bertegur sapa atau berkelahi kerana merebut harta pusaka?

Ya, memang ada.

Ia memang berlaku di kalangan adik-beradik bapa-ibu kita kerana berebut harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Kita di kalangan anak-anak mungkin tidak terasa apa-apa kerana ia tidak melibatkan kita sebagai bukan waris terdekat.

Bagaimanapun, kalau ia boleh berlaku kepada ibu-bapa kita, tidak mustahil isu perebutan harta akan berlaku kepada kita, iaitu anak-anak akan berebut harta apabila kita meninggal dunia.

Kisah perebutan harta di kalangan adik-beradik ibu bapa kita bukan cerita pelik tetapi kisah benar berlaku dalam keluarga Melayu.  

Marilah saya menceritakan kisah satu keturunan yang berebut harta pusaka. Ia diceritakan oleh kawan saya kira-kira setahun yang lalu. Kawan saya ini bermakna bob (nama samaran).

Tok Jo (nama samaran) adalah seorang penghulu di kampung Rebut Harta (nama samaran kampung tersebut). Bapa Tok Jo, Tok Bon adalah juga seorang penghulu. Kabarnya, masa dahulu jawatan penghulu di Kampung Rebut Harta adalah diturun-temurunkan. Tetapi tidak diketahui Tok Jo ni sudah generasi ke berapa menjadi penghulu.

Semasa hayat Penghulu Tok Jo, beliau berjaya mengumpul banyak harta iaitu tanah pertanian, tapak rumah dan kebun. Sebahagian besar daripada harta Tok Jo adalah peninggalan tanah pusaka bapanya, Penghulu Tok Bon.

Semasa hidup Tok Jo, beliau mempunyai tiga isteri. Isteri beliau yang pertama mempunyai 6 orang anak dan isteri beliau kedua mempunyai 5 orang anak. Isteri ketiga mempunyai seorang anak.

Semasa hidup Tok Jo, kehidupan mereka adalah aman, tidak ada pertelingkahan keluarga fasal merebut harta. Ini kerana anak-anak masih muda dan kepentingan memiliki harta belum menjadi jadi isu utama. Dan juga, ada juga anak-anak yang telah diberikan harta siang-siang lagi.

Semasa hidup, Tok Jon telah memberi tanah getah, tanah tapak rumah kepada anak-anak tertentu atas dasar kasih sayang atau sebab-sebab tertentu. Oleh itu, semasa Tok Jo hidup ada anak yang tidak mendapat tanah dan ada anak yang mendapat lebih tanah.

Masalah timbul apabila Tok Jo meninggal dunia. Maka anak-anak pun mula bersuara sesama mereka tentang hak masing-masing bagi mendapatkan harta daripada peninggalan Tok Jo itu. Perasaan dengki-mendengki sesama adik-beradik telah menjadi-jadi. Si Ali mula mengatakan Si Mad, yang Si Mad tidak boleh menuntut harta pusaka kerana Si B telah berjaya mendapat tanah semasa bapa mereka hidup.

Punca masalah pertelingkahan dan dengki-mendengki adalah kerana semasa hidup Tok Jo, beliau tidak meninggalkan sebarang wasiat mengenai harta-harta beliau.

Harta-harta Tok Jo adalah dianggarkan 70-80 ekar. Kira-kira 30-40 ekar telah dibahagikan semasa Tok Jo hidup. Ini tidak termasuk tanah-tanah hutan yang bergeran yang tidak diketahui letaknya. Jadi bayangkan ada 11 anak yang berebut tanah yang berbaki 40-50 ekar.

Tanah sebanyak 40-50 ekar ini terus menjadi rebutan sesama mereka. Tetapi tidak ada usaha-usaha bagi berbincang dan bermuafakat di kalangan anak-anak bagi membahagi-bahagikan harta ini. Ini kerana kejahilan mereka akan kaedah pembahagian harta pusaka mengikut cara Islam dan ketiadaan seorang pun diantara mereka sanggup menjadi pemimpin bagi menguruskan harta pusaka. Tambah pula anak-anak ini generasi 30-an, tidak educated dan sentiasa sibuk menguruskan keluarga harian dan tidak mempunyai masa bagi menguruskan harta peninggalan bapa mereka.

Bagi menunjukkan kejahilan mereka, ada antara anak-anak yang menyimpan geran-geran tanah dan membayar cukai tanah tahunan dengan andaian tanah itu adalah hak mereka.

Kesan daripada peninggalan bapa mereka yang tidak meninggalkan wasiat ialah adik-beradik tidak bertegur sapa. Anak-anak daripada isteri kedua dan ketiga yang lebih educated bersikap menjauhkan diri dan mungkin mereka telah mendapat bahagian-bahagian masing semasa bapa mereka hidup (maklumlah anak-anak isteri muda tentu ada kelebihannya!).

Anak-anak daripada isteri pertama yang umur disekitar 60-70 an pada masa ini yang dalam keadaan 'berperang'. Ada yang tidak bertegur sapa, umpat-mengumpat dan tidak ada keakraban keluarga. Kalau ada majlis kahwin dan musim hari raya, ada di antara adik-beradik malah anak-anak mereka tidak hadir ke rumah ahli keluarga ini kerana isu perebutan harta pusaka.

Mengikut kata kawan saya itu, isu dengki-mendengki dan perebutan harta masih berterusan sehingga ke hari ini. Tidak ada usaha mencari ketua sesama mereka bagi menyelesaikan harta pusaka milik bapa mereka kerana mereka telah saling tidak percaya dan mempercayai sesama mereka.

Oleh kerana isu perebutan harta telah berjalan bertahun-tahun, ada tanah-tanah yang tidak dibayar cukai dan ada diantara tanah-tanah ini telah dirampas oleh Kerajaan kerana tunggakan cukai bertahun-tahun.

Apakah pelajaran-pelajaran yang kita perolehi daripada kisah di atas

Pertama: Penghulu Tok dapat mengurangkan risiko perebutan harta pesaka sekiranya semua harta dapat diagihkan kepada anak-anak sebelum beliau meninggal dunia (tapi bila dia tahu yang dia akan meninggal dunia?)

Kedua: Penghulu Tok Jo, harus menyediakan surat wasiat yang menyatakan dengan jelas anak-anak yang akan mendapatkan harta yang disenaraikan itu. Dengan itu, risiko perebutan harta di kalangan anak-anaknya dapat dikurangkan.

Ketiga: Selepas kematian Tok Jo, semua anak arwah Penghulu Tok Jo hendaklah berkumpul dengan secepat mungkin berkumpul dan melantik seorang atau beberapa orang dikalangan anak-anak mereka bagi menguruskan pembahagian harta pesaka. Tindakan ini dapat mengurangkan ketegangan antara mereka di masa hadapan dalam mendapatkan harta pesaka bapa mereka.

Keempat: Sekiranya anak-anak tidak berpengalaman dalam menguruskan harta pesaka, mereka hendaklah melantik peguam atau badan-badan yang dapat menasihatkan mereka dalam mempercepatkan proses pengagihan harta mengikut hukum Faraid.

Hakcipta 2006 Mansid

Untuk membuat wasiat sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad

Friday, December 18, 2009

Apa Pentingnya Surat Wasiat

Apa Pentingnya Surat Wasiat?

Oleh: Abd Rahaman Rasid, CFP
Perancang Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Bhd

surat wasiat
Buat Wasiat Semasa Hidup
Semasa hidup, anda berjaya mengumpul harta seperti rumah, apartmen, kondo, tanah lot, saham ASB, emas dan simpanan di bank.

Adakah anda pernah terfikir yang harta peninggalan di atas akan terbeku apabila anda meninggal dunia? Ini bermakna tidak ada siapa yang boleh mengambil harta pusaka walaupun isteri dan anak kecuali waris memiliki suratkuasa

Sebagai si-isteri atau anak-anak tidak boleh mengeluarkan simpanan arwah si-mati daripada bank walaupun isteri atau anak menunjukkan surat mati kepada pihak berkenaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah selepas kematian, maka suami hendaklah membahagikan hartanya sebelum beliau meninggal dunia. 

Persoalannya ialah, adakah suami tahu bila yang dia akan meninggal dunia?

Kesimpulannya, adalah penting seseorang menulis surat wasiat dan melantik wasi atau pentadbir harta bagi memudahkan urusan perpindahan harta kepada waris yang dinamakan dalam surat wasiat. Situasi ini mengandaikan yang waris mengetahui hak-hak mereka dalam hukum Faraid dan bersedia melepas dan menerima hak mereka seperti dalam hukum tersebut.

Apa jadi jika si-mati tidak meninggalkan wasiat?

Jika si-suami meninggal dunia tetapi tidak meninggal wasiat, maka hartanya hendaklah diagihkan kepada waris mengikut hukum Faraid atau sebarang persetujuan bersama di kalangan waris. Waris-waris terdekat adalah suami/isteri, anak-anak dan ibu-bapa.

Selepas kematian seseorang, waris-waris hendaklah bersidang bagi melantik pentadbir harta memudahkan urusan pembahagian harta pusaka si mati

Berdasarkan pengalaman, pembahagian harta pusaka kepada waris mungkin makan masa sehingga bertahun-tahun kerana kebanyakan waris sibuk, tiada pengalaman menguruskan harta pusaka, kekurangan pengetahuan mengenai hukum Faraid, dan kelewatan melantik pentadbir harta di kalangan waris.

Hakcipta 2013 Mansid

surat wasiat as-salihin trustee bhd
Perancang Harta Islam, as-Salihin Trustee Bhd
Untuk membuat wasiat sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad