Kisah Keluarga Penghulu Tok Jo Merebut Harta Pusaka
Oleh: Mansid
Perancang Harta Pusaka Islam
Pernahkah saudara mendengar ada ahli keluarga yang tidak bertegur sapa atau berpecah kerana merebut harta pusaka?
Ya, memang ada.
Ia berlaku kepada adek-beradik bapa-ibu kita kerana berebut harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Kita di kalangan anak-anak mungkin tidak terasa apa-apa kerana ia tidak melibatkan kita.
Bagaimanapun, kalau ia boleh berlaku kepada ibu-bapa kita, tidak mustahil isu perebutan harta berterusan kepada kita...iaitu anak-anak kita akan berebut harta apabila kita meninggal dunia nanti.
Kisah perebutan harta di kalangan adik-beradik ibu bapa kita bukan cerita pelik tetapi kisah benar bagi kebanyakan kita. Marilah saya menceritakan kisah satu generasi yang berebut harta pusaka. Ia diceritakan oleh kawan saya kira-kira setahun yang lalu. Kawan saya ini bermakna bob (nama samaran untuk blog ini).
Tok Jo (nama samaran) adalah seorang penghulu di kampung Rebut Harta (nama samaran kampung tersebut). Bapa Tok Jo, Tok Bon adalah juga seorang penghulu. Kabarnya, pada masa dahulu jawatan penghulu di Kampung Rebut Harta adalah diturun-temurunkan. Tetapi tidak diketahui Tok Jo ni sudah generasi ke berapa menjadi penghulu.
Semasa hayat Penghulu Tok Jo beliau telah berjaya mengumpul banyak harta khususnya tanah-tanah pertanian dan tapak rumah. Bagaimanapun, sebahagian daripada harta Tok Jo adalah peninggalan tanah pusaka bapanya, Penghulu Tok Bon.
Semasa hidup Tok Jo, beliau mempunyai tiga isteri. Isteri beliau yang pertama mempunyai 6 orang anak dan isteri beliau kedua mempunyai 5 orang anak. Isteri ketiga mempunyai seorang anak.
Semasa hidup Tok Jo, kehidupan mereka adalah aman, tidak ada pertelingkahan keluarga fasal merebut harta. Ini kerana anak-anak masih muda dan kepentingan memiliki harta belum menjadi jadi isu utama. Dan juga, ada juga anak-anak yang telah diberikan harta siang-siang lagi.
Semasa hidup, Tok Jon telah memberi tanah getah, tanah tapak rumah kepada anak-anak tertentu atas dasar kasih sayang atau sebab-sebab tertentu. Oleh itu, semasa Tok Jo hidup ada anak yang tidak mendapat tanah dan ada anak yang mendapat lebih tanah.
Masalah timbul apabila Tok Jo meninggal dunia. Maka anak-anak pun mula bersuara sesama mereka tentang hak masing-masing bagi mendapatkan harta daripada peninggalan Tok Jo itu. Perasaan dengki-mendengki sesama adik-beradik telah menjadi-jadi. Si Ali mula mengatakan Si Mad, yang Si Mad tidak boleh menuntut harta pusaka kerana Si B telah berjaya mendapat tanah semasa bapa mereka hidup.
Punca masalah pertelingkahan dan dengki-mendengki adalah kerana semasa hidup Tok Jo, beliau tidak meninggalkan sebarang wasiat mengenai harta-harta beliau.
Harta-harta Tok Jo adalah dianggarkan 70-80 ekar. Kira-kira 30-40 ekar telah dibahagikan semasa Tok Jo hidup. Ini tidak termasuk tanah-tanah hutan yang bergeran yang tidak diketahui letaknya. Jadi bayangkan ada 11 anak yang berebut tanah yang berbaki 40-50 ekar.
Tanah sebanyak 40-50 ekar ini terus menjadi rebutan sesama mereka. Tetapi tidak ada usaha-usaha bagi berbincang dan bermuafakat di kalangan anak-anak bagi membahagi-bahagikan harta ini. Ini kerana kejahilan mereka akan kaedah pembahagian harta pusaka mengikut cara Islam dan ketiadaan seorang pun diantara mereka sanggup menjadi pemimpin bagi menguruskan harta pusaka. Tambah pula anak-anak ini generasi 30-an, tidak educated dan sentiasa sibuk menguruskan keluarga harian dan tidak mempunyai masa bagi menguruskan harta peninggalan bapa mereka.
Bagi menunjukkan kejahilan mereka, ada antara anak-anak yang menyimpan geran-geran tanah dan membayar cukai tanah tahunan dengan andaian tanah itu adalah hak mereka.
Kesan daripada peninggalan bapa mereka yang tidak meninggalkan wasiat ialah adik-beradik tidak bertegur sapa. Anak-anak daripada isteri kedua dan ketiga yang lebih educated bersikap menjauhkan diri dan mungkin mereka telah mendapat bahagian-bahagian masing semasa bapa mereka hidup (maklumlah anak-anak isteri muda tentu ada kelebihannya!).
Anak-anak daripada isteri pertama yang umur disekitar 60-70 an pada masa ini yang dalam keadaan 'berperang'. Ada yang tidak bertegur sapa, umpat-mengumpat dan tidak ada keakraban keluarga. Kalau ada majlis kahwin dan musim hari raya, ada di antara adik-beradik malah anak-anak mereka tidak hadir ke rumah ahli keluarga ini kerana isu perebutan harta pusaka.
Mengikut kata kawan saya itu, isu dengki-mendengki dan perebutan harta masih berterusan sehingga ke hari ini. Tidak ada usaha mencari ketua sesama mereka bagi menyelesaikan harta pusaka milik bapa mereka kerana mereka telah saling tidak percaya dan mempercayai sesama mereka.
Oleh kerana isu perebutan harta telah berjalan bertahun-tahun, ada tanah-tanah yang tidak dibayar cukai dan ada diantara tanah-tanah ini telah dirampas oleh Kerajaan kerana tunggakan cukai bertahun-tahun.
Apakah pelajaran-pelajaran yang kita perolehi daripada kisah di atas
Pertama: Penghulu Tok dapat mengurangkan risiko perebutan harta pesaka sekiranya semua harta dapat diagihkan kepada anak-anak sebelum beliau meninggal dunia (tapi bila dia tahu yang dia akan meninggal dunia?)
Kedua: Penghulu Tok Jo, harus menyediakan surat wasiat yang menyatakan dengan jelas anak-anak yang akan mendapatkan harta yang disenaraikan itu. Dengan itu, risiko perebutan harta di kalangan anak-anaknya dapat dikurangkan.
Ketiga: Selepas kematian Tok Jo, semua anak arwah Penghulu Tok Jo hendaklah berkumpul dengan secepat mungkin berkumpul dan melantik seorang atau beberapa orang dikalangan anak-anak mereka bagi menguruskan pembahagian harta pesaka. Tindakan ini dapat mengurangkan ketegangan antara mereka di masa hadapan dalam mendapatkan harta pesaka bapa mereka.
Keempat: Sekiranya anak-anak tidak berpengalaman dalam menguruskan harta pesaka, mereka hendaklah melantik peguam atau badan-badan yang dapat menasihatkan mereka dalam mempercepatkan proses pengagihan harta mengikut hukum Faraid.
Hakcipta 2006 Mansid
Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad
Internet Wealth Report: Dapatkan Sekarang
3 comments:
Assalamuaalaikum w.b.t.
Salam tuan,saya ada membaca berkenaan pembahagian harta pusaka melalui laman web tuan. Disini saya ada kemusykilan tentang isu wasiat & pembahagian harta pusaka. Isu ini telah dibawa berbincang bersama keluarga dan ayah saya sebulat suara bersetuju untuk menamakan sebidang tanah kepada kakak yang sulung. Saya mempunyai 4 beradik (semua perempuan), bersetuju disebabkan risau harta pusaka jatuh ke tangan abang sepenuhnya. Untuk pengetahuan tuan, abah telah mempunyai seorang anak lelaki sebelum berkahwin dengan ibu tetapi abang tidak tinggal bersama kami. Dulu abah pernah minta untuk mendapatkan hak penjagaan abang tapi tak berjaya. Abang pun dah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun hubungan anak beranak tetap baik sebab abang boleh dikatakan setiap tahun akan singgah ke rumah untuk bertemu keluarga.
Soalan saya:
1. Adakah kakak saya layak untuk mendapatkan penamaan atas wasiat tersebut sebagai penjaga harta kami 4 beradik?
2. Adakah abang berhak untuk membantah sekiranya namanya tak tersenarai?
Untuk pengetahuan tuan, mungkin kami nampak seakan tamak kerana tak sertakan nama abang. Tapi secara peribadinya, kami menilai dari segi sumbangan ke atas keluarga..abang tak pernah sedikitpun menyumbangkan sesuatu apatah lagi menghulurkan wang kepada abah. Sedangkan abah memberi nafkah.Selain itu abang kerap berhutang dengan kakak saya, sehingga kini tak juga membayar balik, sedangkan kakak saya banyak berjasa dan melabur untuk keluarga termasuk membesarkan rumah dikampung dengan simpanannya sendiri.Disebabkan itu kami 4 beradik berasa terhutang budi dan saya tahu kakak saya seorang yang sangat bertanggungjawab tambahan mempunyai seorang abang ipar yang baik dan tidak loket.
Diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan penyelesaian ke atas isu ini. Kerjasama dan perhatian tuan diucapkan dengan ribuan terima kasih.
Sekian..
Soalan saya:
1. Adakah kakak saya layak untuk mendapatkan penamaan atas wasiat tersebut sebagai penjaga harta kami 4 beradik?
JAWAPAN: Semasa ayah hidup hak dia mewasiatkan harta kepada siapa yang dia suka. Jadi tak timbul siapa yang mendorong dia untuk mewasiatkan hartanya. Apabila berlaku kematian bapa, semua waris berhak ke atas harta itu. Ini termasuk isteri dan semua anak-anaknya. Jadi terpulanglah kepada waris untuk mematuhi wasiat bapa. Tetapi, jika ada waris yang menentang (contoh: abang), maka semua waris kena berunding dan mendapat kata sepakat mengenai pembahagian harta. Jika waris terus tidak bersetuju, maka kena patuhi Hukum Faraid di mana emak, adek perempuan dan lelaki mendapat bahagian mengikut Hukum Faraid.
2. Adakah abang berhak untuk membantah sekiranya namanya tak tersenarai?
Jawapan: Seperti jawapan di atas. Ya, abang berhak membantah kerana dia waris. Malah, ikut Hukum Faraid, adek beradek lelaki mendapat lebih hak mereka dengan kadar 2:1 berbanding dengan adek-beradek perempuan.
Jadilah Perunding SuratWasiat
Assalamuaalaikum w.b.t
tuan,saya juga mempunyai masalah tentang pusaka arwah abah saya.baiklah,sebaiknya saya ceritakan asal usul kehidupan arwah abah saya untuk memberi gambaran dan penerangan dengan lebih jelas kepada pihak tuan.Ketika dahulu arwah abah berkahwin dengan ibu tiri saya dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 15 tahun sahaja disebabkan masalah pengeseran yang berlaku diantara mereka.Sebelum mereka(arwah abah dan ibu tiri) bercerai arwah abah membawa diri keluar dari rumah disebabkan tertekan dengan masalah yang dialami.Selepas mereka bercerai,arwah meninggalkan semua harta pencarian arwah abah dengan bekas isteri dahulu tanpa mengambil satu harta pun.
Baiklah,saya akan ceritakan pula perjalanan keluarga saya.Selepas penceraian dengan bekas isteri arwah dahulu(ibu tiri),selang beberapa tahun kemudian ditakdirkan arwah abah dengan ibu saya dijodohkan.Didalam awal perkahwinan arwah abah dan ibu saya,arwah tidak mempunyai kerja dan selama 2 tahun ibu saya menampung perbelanjaan mereka suami isteri.Selang beberapa tahun kemudian dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah,arwah abah berjaya menjadi seorang perniaga yang berjaya.Seketika selepas itu anak-anak arwah(bekas isteri pertama) datang didalam keluarga kami bagi mendapat peluang pekerjaan.Arwah abah mengambil salah seorang(lelaki) daripada anak arwah dengan bekas isteri dahulu untuk bekerja dalam syarikat arwah memandang arwah memerlukan pembantu dan ketika itu saya dan adik beradik yg lain masih kecil.Didalam syarikat itu arwah meletakan nama anak arwah bekas isteri yang pertama.
Disini saya akan melampirkan beberapa soalan kepada pihak tuan bagi memudahkan saya membuat perbincangan dengan adik beradik yang lain(termasuk anak bekas isteri arwah isteri dahulu.
1.dari segi cerita yg saya terangkan diatas,adakah adik beradik saya yang lain(isteri dahulu)mempunyai hak dalam pencarian harta bersama ibu saya??
2.Arwah abah tidak membuat wasiat secara hitam putih tetapi ada menyatakan hak pencarian bersama ibu saya adalah hak keluarga saya selain itu nama-nama yang berkait dengan anak arwah dengan bekas isteri dahulu adalah hak mereka.Soalannya,apakah adik-beradik saya(bekas isteri dahulu)ada hak mereka diatas harta yang masih tertulis nama arwah abah??
Post a Comment