Sebuah blog mengenai perancangan harta Islam yang ditawarkan oleh syarikat amanah as-Salihin iaitu pengurusan surat wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah, deklarasi hibah dan wakaf.
Monday, December 21, 2009
Kisah Filem Tiga Abdul dan Surat Wasiat
Kisah Filem Tiga Abdul dan Surat Wasiat
Oleh: Mansid
Perancang Harta Pusaka Islam
Satu daripada filem arahan P. Ramlee yang menarik ialah "Tiga Abdul". Filem Tiga Abdul mengisahkan perangai 3 orang adik-beradik selepas kematian bapa mereka yang kaya raya. Sungguhpun ia sebuah filem komidi tetapi ia sebuah filem berkualiti kerana ada unsur pengajaran mengenai pengurusan harta sebuah keluarga.
Adik-beradik tersebut bernama Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub. Abdul Wahab dan Abdul Wahid adalah abang-abang kepada Abdul Wahub (lakonan P.Ramlee). Abdul Wahab dan Abdul Wahub telah membolot semua harta kekayaan selepas bapa mereka meninggal dunia. Abdul Wahub,tidak mendapat harta pun.
Bagaimanapun, bapa mereka Sidiq Sigaraga, ada meninggalkan wasiat mengenai baki hartanya yang begitu banyak tetapi tidak diketahui oleh ketiga-tiga anak-anak mereka--Tiga Abdul. Surat Wasiat itu dipegang oleh seorang peguam.
Dengan adanya surat wasiat itu, harta Sidiq Sigaraga telah berjaya menaikkan taraf hidup Abdul Wahub (P.Ramlee) bahkan kedua-dua abang mereka yang telah papa setelah mengahabiskan harta bapa mereka. Ini kerana kecerdikan Abdul Wahub berjaya menguruskan harta peninggalan bapa dengan baik sekali.
Apa pengajaran filem Tiga Abdul kepada Orang Melayu?
Pertama: Kepentingan surat wasiat telah lama bertapak dalam kehidupan orang Melayu sekurang-kurangnya sejak tahun 50-an lagi. Ini kerana Filem Tiga Abdul telah dikeluarkan pada penghujung tahun 50-an.
P. Ramlee telah berjaya memfilemkan kepentingan surat wasiat dalam pengurusan harta orang Melayu terutamanya apabila berlaku kematian pemilik harta. Penulisan surat wasiat pula menggunakan khidmat peguam. Bagaimanapun, walaupun kita hidup dalam tahun 2000-an dengan kebanyakan kita lebih educated, kesedaran konsep pengurusan harta secara berwasiat masih belum tertanam dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.
Kedua: Konsep Surat Wasiat dalam filem Tiga Abdul menunjukkan surat wasiat mampu memberi keadilan kepada waris-waris si-mati. Abdul Wahub (lakonan P.Ramlee)akan berada dalam kemiskinan sekiranya tidak mendapat sebahagian daripada harta pusaka bapa mereka. Dengan adanya surat wasiat, Abdul Wahub telah mendapat sebahagian harta dan seterusnya meningkatkan taraf hidup beliau bahkan abang-abangnya yang telah kena lelong.
Disediakan oleh:
Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Email: abdrahaman@gmail.com
Hakcipta 2009 Mansid
Internet Wealth Report: Dapatkan Sekarang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment