Amanah
Perhubungan di antara 2 pihak samada seseorang atau beberapa lain berdasarkan keyakinan bahawa sesuatu harta diberi hak atau dipegang oleh seseorang bagi pihak atau kepentingan pihak lain.
Asabah
Seseorang yang mendapat baki harta pusaka sekiranya ada selepas waris yang layak mendapat bahagian mereka. Sekiranya tidak ada waris, asabah mendapat semua harta.
Baitul Mal
Badan Kewangan awam Islam. Konsep Baitul Mal adalah konsep amanah. Kekayaan Baitul Mal digunakan sebagai kekayaan Allah atau kekayaan orang-orang Islam. Konsep ini membawa maksud harta diserah kepada Baitul Mal adalah amanah Allah dan orang Islam hanyalah sebagai pemegang amanah yang mempunyai tugas untuk menggunakan harta tersebut untuk kebajikan orang Islam dijalan yang diredhai dan orang yang memegang amanah hanya boleh mengambil apa yang telah dibenarkan.
Benefisiari
Seorang yang mewarisi di dalam wasiat atau tanpa wasiat.
Estet
Semua hak milik seseorang ketika kematiannya.
Faraid
Kaedah perwarisan secara Islam.
Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tesebut.
Harta tidak alih
Aset yang tidak boleh dialih fizikalnya. Contohnya, tanah dan bangunan.
Hibah
Pemberian ialah pemindahan hak milik harta secara percuma oleh orang yang berhak terhadap harta tanpa ada apa-apa niat untuk menerima balasan.
Iqrar
Pengakuan yang dibuat oleh seseorang, samada secara bertulis atau lisan atau gerak geri yang menyatakan bahawa dia adalah di bawah satu obligasi atau liabiliti kepada seseorang yang lain berkenaan dengan hak tertentu.
Disediakan Oleh:
Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Email: abdrahaman@gmail.com
Sumber:As-Salihin, Manual Perancang Harta Islam.
Internet Wealth Report: Dapatkan Sekarang
0 comments:
Post a Comment