Friday, December 18, 2009

Apa Pentingnya Surat Wasiat

Apa Pentingnya Surat Wasiat?
Oleh: Mansid
Perancang Harta Pusaka Islam

Semasa hayat saudara berjaya mengumpul harta seperti rumah, apartmen, tanah lot, saham ASB, emas dan simpanan wang dalam bank.

Adakah saudara pernah terfikir yang harta peninggalan diatas akan terbeku dengan sendirinya apabila saudara meninggal dunia? Ini bermakna tidak ada sesiapa pun boleh mengusik harta diatas walaupun isteri dan anak kecuali saudara telah menulis surat wasiat. Sebagai penjelasan mudah, si-isteri atau anak-anak tidak boleh mengeluarkan simpanan arwah si-mati daripada bank walaupun isteri atau anak berjaya menunjukkan surat mati.

Jadi untuk mengelakkan masalah, maka suami hendaklah membahagi-bahagikan hartanya sebelum beliau meninggal dunia. Persoalannya ialah, adakah suami tahu bila yang dia akan meninggal dunia?

Kesimpulannya, surat wasiat sama pentingnya dengan harta peninggalan kerana surat wasiat akan berperanan bagi memudahkan perpindahan harta kepada waris-waris yang dinamakan dalam surat wasiat.

Apa jadi jika si-mati tidak meninggalkan wasiat?

Jika si-suami meninggal dunia tetapi tidak meninggal wasiat, maka hartanya tetap boleh diagihkan kepada waris-warisnya mengikut hukum Faraid. Waris-waris dalam islam ialah suami/isteri, anak-anak, ibu-bapa dan cucu.

Walau bagaimanapun, waris-waris hendaklah berpakat bagi menguruskan pembahagian harta si mati ini kerana Kerajaan atau pihak-pihak lain tidak akan menguruskan pembahagian harta pesaka ini mengikut hukum faraid ini. Berdasarkan apa yang terjadi, agak sukar waris-waris menguruskan harta-harta si-mati kerana kesibukan, ketiadaan pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan harta mengikut hukum faraid, kos menguruskan pembahagian harta, kepercayaan waris melantik wakil mereka dan macam-macam lagi.

Hakcipta 2006 Mansid

Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad
Internet Wealth Report: Dapatkan Sekarang

0 comments: