Wednesday, December 30, 2009

Kisah Haji Tompel Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat

Kisah Haji Tompel Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat
Oleh: Mansid
Perancang Harta Pusaka Islam

Haji Tompel mempunyai 3 anak perempuan dan salah seorang daripadanya ialah anak angkat. Haji Tompel memiliki anak-anak yang sederhana sahaja pelajaran mereka. Anak pertama, Ana, kini seorang guru di Kuala Krai, Kalantan. Anak kedua, Anu, seorang kerani pentadbiran di Kem Terendak, Melaka. Anak ketiga, Ani, (anak angkat) seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Haji Tom berumur 65 tahun dan isterinya telah meninggal dunia 5 tahun lepas. Mereka tinggal dengan anak perempuan yang bongsu, Ani. Ani telah berkeluarga dan mempunyai 3 anak yang bersokolah rendah.

Haji Tompel berasal daripada keluarga miskin dan ibu-bapa mereka tidak mempunyai sebarang harta untuk diwariskan kepada beliau. Atas kesedaran ini, Haji Tompel sejak kecil telah belajar bersungguh-sungguh dan yakin dan dengan melalui pelajaran, masa depan adalah lebih cerah berbanding dengan kehidupan ibu-bapa mereka.

Dipendekkan cerita, Haji Tompel berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan menjadi seorang jurutera. Selepas beberapa tahun menjadi jurutera, Hj Tompel menceburi bidang perniagaan iaitu sebagai pemaju perumahan.

Semasa hidup, Haji Tompel seorang bapa yang berpandangan jauh dan berjaya memiliki 3 buah banglo mewah di Lembah Kelang. Kesemua banglo tersebut telah diberi secara tunai iaitu hasil kejayaan bisnnes Hj Tompel.

Dua daripada banglo itu di sewakan dan satu lagi didiami oleh Hj Tompel dengan anak ke-3, Ani.

Kini Hj Tompel telah bersara dan memperolehi sewa bulanan RM3,000 sebulan bagi setiap banglo. Dengan pendapatan RM6,000 sebulan beliau dapat menjalani kehidupan harian dengan selesa bersama keluarga anaknya.

Haji Tompel sedar beliau telah tua dan mahu 3 banglo itu dipindahkan kepada ketiga-tiga anak mereka. Sekiranya 3 banglo di atas tidak dipindahkan masa hidup, perebutan harta mungkin akan berlaku di kalangan anak-anak mereka pula, dan ini akan membuatkan beliau hidup tidak selesa dalam kubur.

Hj Tompel telah mendengar banyak cerita daripada akhbar iaitu banyak tanah dan harta orang Melayu bernilai beratus juta ringgit terbiar dan tidak dituntut apabila pemiliknya meninggal dunia. Ini belum kira peperangan dan perbalahan keluarga merebut harta. Antara sebab berlaku fenomina tersebut ialah pemilik tidak membuat urusan pembahagian harta kepada anak-anak semasa pemilik masih hidup atau tidak membuat surat wasiat.

Bagi mengelakkan perebutan harta, Haji Tompel bersetuju memberikan banglo-banglo itu kepada setiap anak mereka itu. Bagimanapun Hj Tompel tidak bercadang memberikan semua banglo semasa beliau hidup.

Lagi pun Hj Tom pernah terbaca di akhbar ada kes, rumah yang didiami ibu-bapa telah kena lelong oleh bank akibat pinjaman tidak berbayar yang dibuat oleh anak-anak. Ini gara-gara memindahkan harta kepada anak semasa ibu-bapa masih hidup.

Pada suatu hari Hj Tompel telah diperkenalkan kepada seorang Perunding Perancangan Harta daripada syarikat As-Salihin.

As-Salihin ialah sebuah syarikat amanah yang pakar dalam bidang perancangan harta pusaka Islam di Malaysia. Tugas Perunding Harta ialah memberi cadangan-cadangan bagi membolehkan Hj Tompel membuat pilihan terbaik.

Haji Tompel memutuskan memberikan banglo seperti berikut:

Banglo di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur --- mahu diserahkan kepada anak pertama, Ana
Banglo di Taman Tun Dr Ismail --- mahu diberikan kepada anak ke-2, Anu
Banglo di Shah Alam (tempat keluarga Hj Tompel tinggal sekarang)--- mahu diserhkan kepada anak ke-3, Ani (anak angkat).

Antara cadangan Perunding itu ialah:

(1) memasukkan cadangan pemberian itu dalam surat wasiat atau
(2) memindahkan harta tersebut secara automatik kepada anak-anak mereka apabila beliau meninggal dunia.

Hj Tompel dimaklumkan iaitu kedua-dua cadangan tersebut boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, kaedah pembahagian melalui surat wasiat mungkin tidak dapat menunaikan hajat Hj Tompel kerana ia mungkin tidak dipersetujui oleh anak-anak perempuan kandung kemudian. Dua anak kandung mereka boleh menggunakan hukum faraid bagi menghalang adik angkatnya mendapatkan banglo yang diperuntukkan kepada adek angkatnya itu. Mengikut Hukum Faraid, anak angkat memang tidak layak merawisi harta pusaka.

Hj Tompel dinasihatkan iaitu bagi mempastikan semua anak-anak mereka (terutama anak angkat) mendapatkan harta yang dicadangkan oleh Hj Tompel, maka beliau hendaklah menggunakan kaedah Deklarasi Hibah. Deklarasi Hibah ialah satu kaedah pemberian harta kepada semua anak-anak Hj Tompel yang hanya akan berkuatkuasa apabila Hj Tompel meninggal nanti. Urusan pemindahan harta akan diuruskan oleh syarikat As-Salihin.

Jadi kaedah pemindahan harta pusaka secara Deklarasi Hibah adalah pilihan terbaik Hj Tompel bagi mempastikan hajat Hj Tompel tercapai.


Hakcipta 2009 mansid

Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad
Internet Wealth Report: Dapatkan sekarang!

0 comments: